ASERTIF DIRI

kongsi sikit makumat kaunseling....

sifat asertif



Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikap asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan bukan lisan.



Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianya mudah difahami oleh penerima mesej tersebut, penerima mesej tersebut akan merasa selesa dan dihormati. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif amat menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati idea, perasaan dan keperluan orang lain.



Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak untuk meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.



Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang diantara sikap pasif dan sikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini selalunya berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.



Biasanya dalam menyelesaikan masalah, mereka yang bersifat asertif selalunya mengambil sikap memberi dan menerima seperti:


a. “Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?”
b. “Saya lebih suka ...”
c. “Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?”

HANYA KERANA SATU UCAPAN.....

Ucapan terima kasih.....

Tatkala kita mendengar ucapan terima kasih daripada mulut insan lain yang menghargai bantuan, pertolongan, nasihat, pemberian dan sebagainya, terasa hilang segala penat lelah semasa melakukan perbuatan tersebut hanya kerana satu ucapan..... ucapan.... TERIMA KASIH.

dan kerana ucapan inilah kadangkala terbina satu ukhuwwah baru diantara kita dan insan lain yang baru dijumpai walau dimana jua kita berada. teringat satu memori semasa saya berada di airport. hanya kerana saya berdiri dan mencari satu tempat duduk yang kosong, seorang wanita mengalihkan begnya yang diletakkan di tempat duduk yang kosong di sebelahnya, lalu saya ucapkan terima kasih sebelum duduk. ucapan itu menjadi permulaan dalam hubungan dan menjadi permulaan dalam perbualan.... dan... akhirnya perbualan berlanjutan sehingga menukar no telefon dan akhirnya kami bersahabat. ...

Dalam banyak hal yang saya perhatikan, hanya kerana kita ungkapkan satu perkataan yang sopan, boleh membuatkan segala urusan itu dipermudahkan kerana yang berurusan dengan kita itu merasa selesa untuk berurusan dan melayan segala pertanyaan.... dengan kesedaran yang sedikit ini, saya berharap agar saya akan terus berurusan seperti itu kerana saya fikir, untuk apa kita tunjukkan lagak sedangkan itu hanya menyusahkan kita saja. ya, mungkin org yang menunjuk lagak itu akan rasa berpuas hati dengan tindakannya kerana merasakan orang lain tak patut buat seperti itu dan ingin memberi pelajaran kononnya... tetapi sedar atau tidak, ianya memberi impak juga dalam diri kita. contohnya.... kita akan rasa tak puas hati... dan akan mengomel sendirian. sedarkah kita itu hanya melukakan hati kita sahaja...

Pernah di suatu ketika, saya cuba membantu seorang rakan untuk menyiapkan tugasnya dalam satu jawatankuasa. saya hanya membantu kerana nama saya langsung takder dalam jawatankuasa tersebut tetapi diberi tugas yang lain... niat hanya nak membantu tanpa ada sebarang harapan balasan itu bertukar menjadi agak kecewa kerana tindakan rakan tersebut. bukanlah satu kesilapan, kerana saya sudah dimaklumkan pada perubahan tersebut terlebih dahulu. mungkin dia tak tahu mengenai perubahan tersebut, maka berlakulah sedikit perkara yang saya rasa tak sepatutnya berlaku. bukannya dia nak ucap terima kasih ker, atau cakap dengan elok jer ker, tapi siap menjeling dan menegur dengan cara yang agak kasarlah bagi saya. Dahlah dikiranya saya seolah2 membuat tugasnya... dia? goyang kaki... taunya nak complain jer... but memang semua orang sedia maklum dengan sikapnya.... dengan peristiwa ni, saya selalu ingatkan diri saya agar tidak bertindak seperti itu, kerana kita di dunia ini hanya sebentar sahaja... tak lama.... yang pasti, sekarang saya dah 28 tahun hidup..... macam sekejap jer dah beso.... rasanya macam baru semalam saya gaduh ngan adik .... gaduh masa berusia 5 tahun... skang dah 28 tahun....

yerlah... klu nak dikira2 dah 10,220 hari saya hidup!!!!!
..... SUBHANALLAH... ALLAHUAKBAR... Syukur atas kurniaanmu.....

Sekarang saya dengar pula ucapan itu sentiasa keluar dari mulut anak saya yang berusia tiga tahun tiga bulan tu.... cuma kengkadang tu dah lama... baru di kata 'terima kasih ummi...' kengkadang tu terpinga2 gak.... dia ni ucap terimakasih sebb apa?... hehe.... yang kecik tu plak 1 tahun 3 bulan dah mula pandai cakap sikit2 pun dah pandai ucap... 'cih...' lega rasanya... Moga semua ini kekal amalannya dalam kehidupan mereka walau dimana pun berada......

Hanya dengan ucapan 'terima kasih..... ' bleh merungkai segalanya... penyejuk hati....

itu tak termasuk lagi ucapan2 yang lain......

Subhanallah.... kita dianugerahkan banyak kata2 yang indah.... gunakanlah....

SAAT ROSSELLE BERBENIH....


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Inilah gambar bunga rosselle yang berbunga mekar di laman rumah saya suatu ketika dahulu... pokok ini dah pun kering dan memang sengaja saya keringkan untuk dapatkan benihnya. perlu sedikit pengorbanan tatkala mahu membiakkan tanaman ini.. maksudnya, korbankan bunga itu untuk dikeringkan dan mematangkan benihnya agar banyak lagi anak pokok akan terhasil. sekuntum bunga ini boleh menghasilkan sekurang2nya 12 biji benih, dan andainya semua menjadi, boleh menghasilkan 12 batang anak pokok... Subhanallah... Allah Maha Berkuasa, Maha Pencipta. kini, anak2 pokok perlu diberi makanan untuk membesar dan perlu dipindahkannya tatkala masanya telah tiba.... dan akan terus membesar dan mengeluarkan hasil....

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita... tatkala kita masih anak kecil, kita dibelai, disayangi dan diasuh... tetapi apabila sampai masanya, perlu kita keluar daripada kepompong untuk lihat dunia luar, mengenali masyarakat dan kehidupan, menyambung pengajian, mencari pengalaman hidup berdikari dan menempuh alam pekerjaan...

Dahulu ketika menjadi seorang guru, saya melihat anak-anak didik berjuang untuk peperiksaan PMR dan SPM untuk mendapatkan bidang dan tempat menyambung pendidikan dan mengikuti bidang yang diminati masing2. sekarang saya berada di Universiti melihat anak2 didik di sini berjuang pula untuk memenuhi keperluan dan kejayaan bidang akademik masing2 disamping memenuhi keperluan meningkatkan kemahiran insaniah, penampilan, dan nilai tambah untk menjadi graduan berkualiti dengan harapan peluang pekerjaan akan berbuka luas. Insyaallah dengan usaha yang ikhlas, akan dapat rezekinya juga seperti yang telah dijanjikanNYA.

Seterusnya akan membuahkan hasil untuk negara. seperti rosselle yang membuahkan hasil untuk penanamnya, banyak bekalkn vitamin dan berguna dalam masakan dan sedap juga dibuat jus. memberi kesan kesihatan yang baik pada penanamnya. Kita juga adalah hasil sekolah dan universiti yang memegang tanggungjawab membangunkan negara dalam pelbagai aspek bidang masing2.

AKU BERMONOLOG - KENANGAN TERINDAH SBPISB....

Assalamualaikum....

Entry ni sekadar luahan kerinduanku untuk rakan2 dan murid2 di SBPISB. Hari ini rupanya dah 2 tahun tiga bulan dan 9 hari aku meninggalkan SBPISB. tempat bermulanya tapak untuk aku menimba pengalaman dalam arena kerjaya selepas bergraduat. Sebelum ini, aku pernah merasa bekerja di klinik, dan menjadi guru tadika untuk 2 bulan sahaja sebelum aku melangkah ke SBPISB. Terkenang kembali saat bermulanya mendaftar di sana. Aku sangat gembira apabila ditempatkan di sekolah itu dan sememangnya seingat aku, dalam borang posting dulu aku memang tulis daerah itu ... SABAK BERNAM... entah kenapa dalam banyak2 daerah di selangor, aku memilih daerah itu. cuma satu yang aku inginkan pada ketika itu ialah... taknak ditempatkan di bandar. Aku memang tak suka duduk di bandar, kerana tak suka suasana yang haru biru dengan jalan JEM, kawasan yang crowded dengan bangunan, kenderaan dan manusia. Aku hanya mahu ketenangan di kawasan kampung yang damai dengan kehijauan dan terasa permai berada di desa...

Aku sangat bertuah kerana memiliki rakan kerja dan sahabat karib yang sangat baik, aja, kak as, k.ti, k.jiha, k.mas, fat..... dan ramai lagi. aku seperti ada keluarga di sana... kak tini, ustzh raja, ust amir, ust ahmadi, hj saiful, bonda.... mereka inilah yang selalu menjadi rujukanku jika punyai masalah atau kekeliruan.... Alhamdulillah, setakat ini, aku masih menjaga hubungan yang suci ini.... dengan teknologi yang ada sekarang, memudahkan untukku berkomunikasi dengan mereka. Sayu sangat hati ini bila menulis... bukan apa... aku dah lama plan nak menjenguk dan menziarahi daerah itu, tetapi masih belum berkesempatan memandangkan jadual kerjaku dan suami agak padat pada tahun ini. tugasku disini juga menuntut masa dan tugas luar yang dijadulkan di sana sini... begitu juga dengan suamiku, dengan jawatan yang digalasnya sekarang, masih tidak mengizinkan untuk kami bercuti atau berjalan2 sewenang2nya, lebih2 lagi untuk dua tahun kebelakangan ini, kami sibuk dengan urusan keluarga. dengan perkahwinan adik bongsuku, kemudian mak kemalangan dan tiga rusuknya patah, abah kene serangan jantung yang menuntut juga mengulang hospital dan kerap ditahan wad... bila diberitakan salur jantung abah tersumbat, kami usahakan untuk dia mendapat rawatan yang sepatutnya... dan selepas ini majlis perkahwinan adik bungsu belah suami... Aku sangat bersyukur dengan ketentuan ini, secara tidak langsung, menjadikan diriku lebih tabah, lebih menghargai insan tersayang di sekelilingku...

selama hampir empat tahun aku di SBPISB (16 sept 03 - 24 jun 07) pelbagai inseiden manis, pahit, masam2 manis, gelak tawa, sayu, sedih... semua itu menjadi rencah kehidupanku lebih berwarna-warni... ada saat berkayak, mengharungi parit di tepi pagar sekolah, merentas desa, sukan, terbitan majalah UBK, aktiviti dengan murid2, bila kenang semua itu, aku seolah2 mahu kembali ke sana.

Masih kuingat insan2 yang mengambil berat tentangku saat aku mengharungi cabaran berjauhan dengan suami saat aku mengandung anak pertama... oh... sangat indah ukhuwah itu, kawan serumah yang sangat ambil berta, kak mas dan k norin, dan rakan-rakan lain... saat aku mengharungi cabaran membesarkan Ibrahim Ulwan disana, mereka jugalah yang sangat banyak membantu... menghantar ke klinik saat ulwan sakit, bergembira dengan ulwan.... ketahuilah, kalian sangat berharga buat kami.... akan ku ceritakan semua ini dengan ulwan agar dia tahu bahawa dia mempunyai auntie2 yang sangat baik.... kerinduanku pada SBPISB sangat terubat apabila dapat berjumpa mereka pada tahun ini apabila ada rombongan datang ke terengganu dan menginap di UMT.... oh... masa itu sangat singkat dan cepat berlalu. aku masih bertuah kerana beberapa orang dari mereka ada juga balik ke terengganu saat cuti sekolah. jadi bleh juga berjumpa dengan mereka....

Bagi bekas murid2 di SBPISB yang kini telah berada di seluruh pelusuk dunia dan mencari jalan masing-masing, cikgu ucapkan terima kasih kerana kalian masih berhubung dengan cikgu melalui teknologi komunikasi yang serba canggih ini.... semoga kalian berjaya....

Bagi murid2 di SBPISB yang akan menghadapi peperiksaan PMR pada Rabu ini, cikgu doakan kalian berjaya. walaupun kalian tidak mengenali cikgu, cikgu tetap doakan kalian sebagai talian kita sesama muslim....

Bagi murid2 yang akan hadapi SPM, kita pernah mengenali antara satu sama lain, cikgu doakan agar kalian berjaya dalam SPM yang akan menentukan di mana kalian akan pergi.....

Berkumandang lagu kenangan terindah di komputer ini saat aku menulis.... menitis juga air mata ini akhirnya... terkenang saat rakan2 menyanyikan lagu ini untukku.... kalian sangat berharga buatku......

Ketahuilah.... andai boleh untukku berjumpa kalian.... akan ku peluk kalian melepaskan rindu ini....

RAKAN SETUGAS.. FATHIAH

RAKAN2 GURU LELAKI

RAKAN2 GURU PEREMPUAN

NYANYIAN LAGU KENANGAN TERINDAH

RAYA 2009

ni dalam perjalanan balik kampung.... semangat nak balik...
HARI RAYA PERTAMA
MY LOVELY MUM N DAD

MY LOVELY CHILDRENS

Yusuf tengah makan kek lapis.... hehe...


Penat... tunggu bilalah nak bersalam nih.... nak duit raya...

with ummi

Our Small family... hehe... nak tambah lagi nih....

cuma 2 keluarga jer yang balik... empat yang lain giliran mertua masing2... tapi tetap meriah...

with my lovely hubby

with mak n abah

minta ampun....

tengoklah muka depa tuh....

POSING SEBELUM BERSALAMAN

Yusuf mintak duit raya....

ayah tengah minta maaf.. depa sibuk nak salam tunggu giliran...

secebis selepas bersalaman

posing saja2.... hehe....

gelagat makan kuih raya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamulaikum wbt.

Sempena Ramadhan yang mulia ini, dan akan menyambut kedatangan syawal dalam beberapa hari lagi. saya dan keluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan samada yang disengajakan atau tidak.

Semoga ukhuwwah kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat...

UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH....

Jemput datang ke rumah di segamat pada hari raya pertama dan kedua, dan jemput beraya di kota tinggi pada hari raya ketiga dan seterusnya, dan jemput juga datang ke rumah di tok jembal, selepas 27 sept.
Semoga dengan ikatan yang ada akan memudahkan kehidupan kita yang hanya sementara ini...

Terima kasih kerana kalian hadir dalam hidupku. seperti prinsip yang saya selalu pegang, setiap individu yang saya jumpa pasti akan mengajar saya sesuatu... kerana itulah Allah mempertemukan kita... (bagi orang yang sentiasa berfikir, Insyaallah akan dapat jawapannya)

Semoga Syawal tahun 2009 ini akan mengeratkan lagi pertalian silaturrahim kita.

Buat keluarga tersayang, saya bahagia bersama kalian. keluarga di segamat, kota tinggi, dan sanak saudara yang bertebaran di pelusuk bumi Allah. moga kita dipertemukan pada syawal ini.. Amin.....


Raya tahun 2006 di felda Pasak Kota tinggi. Ibrahim Ulwan 2 Bulan

Raya Tahun 2007 di Segamat. Ibrahim Ulwan 1 tahun 2 bulan

Raya Tahun 2008 di Felda Pasak. Ibrahim Ulwan 2 tahun 2 bulan dan yusuf ikhwan 2 bulan



semua gambar2 ni setelah berkeluarga.... sebelum tu, gambar tak copy dalam komputer...

LAILATUL-QADAR:

Alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada kita menikmati Ramadhan tahun ini, bulan keampunan, bulan rahmat dan bulan pelepasan dari neraka. Peluang hanya datang setahun sekali; tahun depan kita belum pasti bertemu Ramadhan lagi. Sayugianya kita mengambil kesempatan dan peluang yang terbuka luas ini bagi merebut tawaran maha hebat yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana agensi dan syarikat pasaraya di dunia ini..

Nabi Muhammad saw sekembalinya dari satu peperangan, memberitau para sahabatnya bahawa mereka baru kembali dari satu peperangan yang kecil dan sedang menuju ke satu peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Para sahabat menjadi bingung dan tertanya-tanya adakah peperangan yang lebih hebat daripada itu. Nabi menjelaskan peperangan yang dimaksudkan yang lebih dahsyat ialah berperang degan hawa nafsu.

Berperang dengan nafsu dikatakan jihad yang lebih besar daripada peperangan dengan senjata yang boleh meragut nyawa sendiri. Bagi kebanyakan kita, perkara yang paling kita takuti ialah peperangan dengan senjata kerana kita tahu ia boleh merampas jiwa kita, anak dan keluarga serta apa-apa yang kita sayangi. Kita akan berpisah dengan dunia dan kemanisannya. Rupa-rupanya apa yang kita takuti selama ini bukanlah satu yang benar-benar harus ditakuti. Yang paling ditakuti menurut Islam ialah nafsu yang ada dalam diri kita. Dialah musuh yang paling nyata yang berada bukan di luar diri kita tetapi menjadi sebahagian daripada kita. Dia benar-benar 'musuh dalam selimut' yang boleh merosakkan diri kita bahkan lebih dahsyat menjerumuskan kita ke dalam neraka yang mana azab dan sengsaranya berkekalan dan tidak dapat digambarkan hebatnya penderitaan oleh mana-mana media di dunia ini.

Dalam hubungan ini, puasa merupakan satu cara untuk menundukkan nafsu. Bagi kita, perosak terbesar ialah nafsu perut. Disebabkan nafsu inilah datuk dan nenek kita Adam dan Hawa terusir dari negara abadi ke negara yang hina dan miskin ini. Mereka dilarang dari memakan buah khuldi tetapi malang berjaya dikalahkan oleh nafsu perut mereka lalu khuldi dimakan dan sekaligus tersingkap aurat kemaluannya. Terbukti dengan menurut nafsu perut membangkitkan nafsu-nafsu lain seperti nafsu kelamin yang dahsyat dan keras dorongannya. Kemudian diikuti dengan nafsu mencari harta, nafsu mencari pangkat, nafsu mencari kekayaan dan kesemuanya ini menimbulkan pelbagai gejala penyakit lain seperti dengki, hasad, iri hati, permusuhan dan saling membenci antara satu sama lain. Akhirnya dunia akan dipenuhi dengan pelbagai arus dan trend maksiat, kejahatan dan kemungkaran. Pucuk pangkal dari semua ini ialah menurut nafsu perut.

Setiap penyakit ada ubat. Allah menurunkan penyakit dan ubatnya sekali. Ubat bagi penyakit nafsu ialah berpuasa. Kenapa puasa dianggap sebagai ubat/resipe memerangi godaan nafsu? Jawapannya terkandung dalam hadith Nabi saw:

"Perangilah nafsumu dengan lapar dan dahaga kerana pahala yang demikian menyamai pahala orang yang berperang di jalan Allah."

Berpuasa menyempitkan tempat laluan Iblis. Oleh itu memudahkan diri kita untuk tunduk kepada perintah Allah. Pada masa yang sama tidak mengikut jalan nafsu dan kedurhakaan serta tidak terikut-ikut dengan budaya kemewahan dan mengutamakan dunia dari akhirat.
Dalam satu riwayat ada menceritakan 'orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah pada hari kiamat ialah mereka yang lama berlapar dan sentiasa merenung kebesaran Allah swt.' Pada riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda "Ketuklah selalu pintu syurga supaya dibukakan untukmu. Bila Aisyah bertanya bagaimana, Nabi menerangkan dengan lapar dan dahaga."
Nabi juga ada bersabda "manusia yang paling lama menderita kelaparan pada hari kiamat ialah mereka yang paling lama kenyangnya di dunia."

Baginda Rasulullah saw sendiri belum pernah merasakan kekenyangan malahan pernah tidak merasakan sebarang makanan selama berhari-hari sehinggalah baginda wafat. Di antara kebaikan daripada berpuasa ialah seperti berikut:

membersihkan hati dan menajam fikiran

memperhalus jiwa dan rohani sehingga terasa lazat beribadat

menghilangkan rasa sombong diri

merasa dan ingat akan ujian dan cobaan Allah

merobohkan kubu pertahanan nafsu

mengurangkan rasa ngantuk dan tidur supaya berpeluang beribadat kepada Allah

membuka peluang seluasnya untuk ibadat

menyihatkan badan dan sistem jasmani

menolak pelbagai penyakit berpunca dari banyak makan

mengurangkan perbelanjaan untuk makan

membaiki hati dan bersimpati orang miskin dengan sedekah Nah! sekarang kita berada di penghujung Ramadhan - bulan taubat, bulan berkat, bulan keampunan, bulan jihad, bulan muhasabah dan bulan pelepasan dari api neraka. Hari ini kita masih berkesempatan berpuasa, elok belum tentu lagi... Jadi gunakan kesempatan ini dengan banyak beribadat dan berjuang melawan nafsu. Nafsu jahat perlulah dibanteras. Nafsu perut jangan diturutkan sangat. Nafsu yang ingin melihat perkara yang haram perlu dilawan. Telinga ingin mendengar hiburan dan nyanyian perlu disekat. Naluri seks yang inginkan kepuasan juga dikekang. Pendekata semua indera dan anggota perlu dipuasakan demi menjaga hak berpuasa. Begitu juga mulut yang ingin berceloteh, mengumpat, berbohong dan mencaci mesti dilawan.

Puasa hanya menjadi satu adat dan budaya jika hanya menahan diri dari makan dan minum tanpa disertai dengan kesungguhan berperang dengan nafsu. Tujuan berpuasa mestilah jelas supaya adab-adab berpuasa dapat kita jaga dengan baik. Inilah sebenarnya intipati puasa. Kalaulah tidak masakan nabi mengatakan jihad melawan nafsu lebih berat daripada jihad perang fisabilillah; sedangkan peperangan dengan senjata amat berat dan mempunyai risiko yang amat dahsyat. Mengabaikan aspek ini bermakna kita hanya berpuasa mengikut adat atau secara lahiriah saja tanpa menghayati apa yang tersirat dalam ibadat puasa. Nabi Muhammad saw. mengingatkan kita bahawa ramai orang yang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Amat wajar sekali bagi mereka yang benar-benar berjuang melawan nafsu sepanjang Ramadhan diberikan ganjaran Lailatul-Qadr - satu malam yang menyamai 1000 bulan. Amat beruntung dan bertuah bagi mereka yang dapat menghidupkan malam Lailatul-Qadr yang jatuhnya pada salah satu malam di antara 10 terakhir Ramadhan. Barangsiapa yang sudah berjuang melawan nafsu pada hari-hari sebelumnya amat mudah melakukannya. Mereka akan berebut dan menunggu saat-saat yang maha berkat ini. Betapa kiranya jika ada orang menawarkan agar beribadat pada sekian malam dan akan diberi berbillion-billion ringgit malahan kekayaan seorang korporat. Sudah tentu semua manusia turut berjaga malam untuk merebut tawaran ini.

Tapi sayang seribu kali sayang tawaran Allah ini dipandang sepi oleh sebahagian besar manusia termasuk diri kita, lantaran kurangnya iman kita terhadap Allah. Masa masih ada bagi kita untuk merenung diri dan mengambil peluang yang Allah berikan pada Ramadhan ini.
Sebagaimana orang yang menyambut Ramadhan dengan hati yang gembira diharamkan jasadnya dari api neraka, begitulah juga keadaannya orang yang sangat berat hatinya meningggalkan Ramadhan. Lantaran itu, ramai di antara orang-orang soleh menangis meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Mereka sedar tidak ada bulan lain yang menyamai Ramadhan. Awal Syawal mereka berhariraya dan hari keduanya diikuti dengan puasa sunat 6 hari. Mengikut Nabi barangsiapa berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. 30 hari + 6 hari = 36 hari. Jika setiap kebajikan dibalas dengan 10, maka 36 x 10 = 360 hari atau 1 tahun.

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang dukacita meninggalkan Ramadhan atau sebaliknya? Sementara masih ada hari-hari puasa lagi, sama-samalah kita mempertingkatkan nilai puasa kita semoga dapat kita menikmati kelazatan berpuasa dan menghidupkan malam Lailatul-Qadr. Semoga puasa tahun ini benar-benar memberi kesan yang positif terhadap diri kita, amin.

Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya - merayakan kemenangan kita dalam peperangan dengan nafsu. Janganlah kita berhariraya kerana menyambut kemenangan nafsu atas diri kita ...

Wallahu a'alam..